Friday, February 3, 2017

GBS & KEPUTIHAN dikalangan ibu hamil dan Cara Rawatannya.





Since mila pernah mengalami, suka mila share pasal GBS ni. Mommies yang mungkin tak pernah dengar pasal GBS boleh cuba ambil langkah awal untuk elakkannya. PENTING untuk tahu sebelum ianya memudaratkan baby kita semasa proses kelahiran.



Ape tu GBS???


GBS (Group B Streptoccocus), juga dikenali sebagai strep kumpulan B, adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira 1/3 daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedar. Kira-kira 1/4 plak daripada wanita mempunyai GBS di dalam faraj mereka (keluar sebagai keputihan). Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana biasanya ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom tertentu.




Tapi, dalam kes-kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan KEMATIAN kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).



So time mila betul2 dh nk bersalin haritu doktor ade beri antibiotik untuk mencegah kuman ni dari terkena baby. Mila yang juga baru tahu tentang bahaya GBS ni nk sarankan utk cuba ambil langkah pemulihan secara semulajadi.





Pemulihan semulajadi untuk GBS & Keputihan

GBS mempunyai potensi untuk menjadi lebih serius dan tidak boleh diabaikan. Pengambilan antibiotik juga ada risikonya tersendiri dan boleh menyebabkan masalah lain. Jadi, lebih baik jika dapat mengelakkan daripada perlu mengambil antibiotik.



"Prevention is better than cure"



Berita baiknya adalah GBS dan keputihan ini boleh dicegah dengan bahan-bahan semula jadi. Seperti GBS yang wujud secara semula jadi di dalam salur pencernaan bagi sesetengah orang, adalah lebih penting untuk merawat salur pencernaan secara keseluruhannya dahulu dan bukan hanya memberi tumpuan kepada kawasan kemaluan sahaja. Diet yang kaya dengan probiotik adalah bermanfaat untuk kesihatan keseluruhan dan kajian mendapati ia membantu dalam menyingkirkan GBS dan keputihan ini.




Cadangan makanan untuk merawat / mencegah GBS:

- Mengambil supplemen probiotik

- Makan makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt dan makanan yang melalui proses penapaian untuk membantu mewujudkan usus yang sihat.

- Pengambilan kapsul bawang putih atau ulas bawang putih mentah setiap hari

- Mengambil minyak kelapa sebagai antivirus semulajadi

- Mengambil Vitamin C setiap hari

- Mengambil cuka epal (apple cider vinegar) setiap hari



So, bagi ibu-ibu yang pernah ada sejarah GBS digalakkan membuat pemeriksaan sebelum hamil semula. Ini bagi memastikan bahawa jangkitan tersebut tidak lagi aktif. Sekiranya masih ada, biasanya doktor akan memberikan oral antibitiotik. Berdasarkan research yang dibuat di luar negara, mereka mengamalkan pengambilan makanan/ supplemen yang kaya dengan Vitamin C dan Garlic bagi meningkatkan imun badan dan memberikan persekitaran antioksidan yang tinggi yang tidak sesuai dengan persekitaran bakteria ini.



Berita baiknya, jika ada dikalangan ibu hamil mengalami kesukaran untuk mengambil semua makanan untuk merawat dan mencegah GBS ini, Shaklee telah menyediakan tiga jenis supplement yang sangat membantu dalam merawat keputihan sekaligus menjadi punca GBS. Juga sangat mudah untuk diambil kerana semuanya sudah disediakan dalam bentuk tablet.





3 jenis supplement yang membantu para ibu yang mengalami keputihan yang teruk ketika kehamilan, iaitu GARLIC COMPLEX, VITAMIN C dan ALFALFA COMPLEX. InsyaAllah apabila masalah keputihan ditasi dengan segera, kuman GBS ini akan tidak aktif lagi. Juga diingat, para ibu haruslah mejaga kebersihan di sekitar vagina dan memakai pakaian yang bersih. 

Semoga bermanfaat untuk semua :)


Mila
Pengedar Shaklee 
ID : 1164704
014-5082724


No comments:

Post a Comment